Sunday, September 13, 2009

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Iklan Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA)

Dipelawa kepada semua Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan serta dinamik untuk memenuhi kekosongan jawatan seperti dibawah.


Jawatan : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S27)

Taraf Jawatan : Tetap

Gred gaji : P1T1 RM1204.55 – P1T26 RM3027.10

P2T1 RM1274.13 – P2T26 RM3213.25

P3T1 RM1346.73 – P3T26 RM3405.26

Syarat Lantikan Jawatan :

  1. Warganegara Malaysia

  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

  3. Mempunyai Diploma dalam Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  4. Lulus dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus dalam ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara Memohon :

  1. Calon hendaklah memohon jawatan ini dengan menggunakan Borang Felda 1 Pindaan 1/2003 yang boleh diperolehi di Jabatan Sumber Manusia, Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur atau dengan melayari laman web felda.clik disini

  1. Untuk memohon borang permohonan melalui pos, calon mestilah menyertakan sampul surat yang berukuran 32cm x 22cm bersetem 50sen dan beralamat sendiri.

  1. Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam kerajaan, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta salinan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskinikan.

  1. Permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan, sijil-sijil dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dihantar ke alamat :


Pengarah Sumber Manusia

Wisma Felda,

Jalan Perumahan Gurney,

54000 Kuala Lumpur.

Tel : 03-26935066 sambungan 354


Catatan: Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga manakala calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sila daftar percuma di portal Jawatan Kosong untuk notifikasi.

No comments:

Post a Comment

Jawatan Kekosongan Kerajaan dan Swasta Headline Animator