Monday, September 28, 2009

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Insaniah, Kedah (Gred N41)

KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN)

1.IKLAN JAWATAN KOSONG KUIN KEDAH


  • Jawatan : Pegawai Tadbir (Gred N41)
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

2. Jadual Gaji : P1T1 RM1690.28 – P1T27 RM4640.28
P2T1 RM1784.90 – P2T26 RM4918.55
P3T1 RM1883.70 – P3T26 RM5220.62

Syarat Lantikan :

i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi

tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3 1871.18]; atau

iii)Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian

tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4 1961.63]

iv)Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Taraf Jawatan : Tetap / Sementara / Sambilan


5. Keutamaan :

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa

Arab dengan baik.

6. Alamat Pemohon :

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis, dengan mengemukakan maklumat diri (resume),
Beserta sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir dan salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta semua sijil-sijil yang berkaitan kepada:

Pendaftar Kolej Universiti Insaniah (KUIN),
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Star, Kedah Darul Aman.
(u.p : Bhg. Pengurusan Sumber Manusia)

7. Tarikh Tutup:
15 Oktober 2009 (Khamis)


No comments:

Post a Comment

Jawatan Kekosongan Kerajaan dan Swasta Headline Animator