Friday, September 4, 2009

Kerjaya di RISDA

Peluang Kerjaya di RISDA

RISDA kini menawarkan beberapa jawatan kosong untuk diisi oleh calon calon yang berkelayakan.Antara senarai jawatan kosong yang ditawarkan adalah Pembantu Juruteknik, Jurutera, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Tadbir, Akauntan, Pembantu Undang Undang, Pembantu Pegawai Tadbir dan juga jawatan sokongan yang lain.
Bergantung kepada gred jawatan, syarat syarat berbeza dari segi pengalaman dan kemahiran, kelayakan akademik dan setiap jawatan datang dengan gred gaji yang telah ditentukan.

Klik untuk melihat secara penuh senarai jawatan kosong dan syarat syarat, dan untuk cara cara memohon jawatan yang disebutkan.

Jawatan Kosong di PLKN



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini mempunyai beberapa jawatan kosong untuk diisi oleh calon yang berminat untuk bekerja dengan PLKN. Jawatan yang perlu diisi adalah dalam bentuk kontrak dan juga kerja sambilan. Calon yang diterima bekerja akan bertugas di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahan Malaysia, Kuala Lumpur.

Antara jawatan kosong yang masih perlu diisi buat masa ini ialah (kekosongan adalah terbuka dan tiada tarikh tutup):

1. Pembantu Tadbir (sambilan)

Jawatan ini memerlukan calon warganegara malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada waktu permohonan dibuat. Minimum kelayakan akademik yang diperlukan ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu atau sijil sijil kelayakan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Gaji yang ditawarkan untuk jawatan Pembantu Tadbir (Sambilan) ialah RM28.50 sehari berserta Elaun Tetap Khidmat Awam.

2. Pembantu Hal Ehwal Islam Wanita

Jawatan ditawarkan secara kontrak dengan kelayakan akademik minimun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lulus matapelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan skop tugas berkaitan dengan hal ehwal islam, calon juga hendaklah mempunyai kepujian dalam matapelajaran Agama Islam atau Bahasa Arab, atau Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama penuh kerajaan.

Gaji yang ditawarkan untuk jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Wanita adalah bergantung kepada kumpulan dan tangga gaji yang bakal ditetapkan (antara RM656.30 – RM1918.33)

3. Penolong Pegawai Tadbir

Tugas untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir adalah secara sambilan. Calon calon yang mempunyai Diploma, Sijil atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan akademik yang setaraf. Gaji untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir adalah RM41.90 sehari berserta Elaun Tetap Khidmat Awam RM7 sehari.

4. Timbalan Komandan PLKN

Jawatan ini memerlukan calon yang mempunyai pengalaman pimpinan dalam badan beruniform serta pengalaman dalam bidang pengurusan. Umur calon hendaklah tidak melebihi 35 tahun sewaktu permohonan dan perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda sebagai kelayakan akademik. Calon calon yang berkelayakan dan datang dari sektor swasta, universiti dan pesara kerajaan yang mempunyai pengalaman dalam bidang latihan adalah digalakkan untuk memohon.

Permohonan.

Untuk memohon, isi borang dibawah (format PDF) atau boleh didapati di pejabat Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di alamat:

Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
Kementerian Pertahanan Malaysia
Aras 9, Menara TH Selborn
153, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-2687 3444/418/452/450

Setiap permohonan juga perlu disertakan dengan sekeping gambar passport, salinan kad pengenalan, surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil sijil Ijazah/Diploma/Sijil/STPM/SPM dan yang setaraf dengannya.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) adalah badan yang ditubuhkan pada tahun 2003 dan bertugas merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksankan di seluruh negara Malaysia.

Borang Jawatan Kosong PLKN.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)



Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK (Q41) @ PEGAWAI EHWAL EKONOMI (E41)
- Maklumat lanjut
- Borang permohonan

2. PEMBANTU PENYELIDIK
- Maklumat lanjut

- Borang permohonan

Tarikh tutup 8 September 2009
CATATAN AM

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Jawatan Kekosongan Kerajaan dan Swasta Headline Animator